fbpx

5 Tips atasi selsema baby

Selalunya baby kita memang tak lari daripada masalah selsema baby. So ini antara langkah terbaik untuk atasi masalah selsesma baby.

1 – Tips atasi selsema baby – MADU

Madu merupakan antibiotik yang kuat dan ia lebih baik daripada ubat batuk yang dibeli di farmasi. Ia dapat mengurangkan batuk, selesema dan sakit tekak.

Caranya, berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Namun madu tidak sesuai diberikan pada bayi bawah umur setahun.

2 – Tips atasi selsema baby – SUP AYAM

Kajian menunjukkan, makan sup ketika selesema dapat mengurangkan keradangan dan membantu melawan panas dengan pelbagai cara seperti:

  • Rembesan mucus lebih cair dan meringankan hidung, dada dan tekak.
  • Menyediakan nutrisi baik setelah meletakkan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut.
  • Karbohidrat dari mi dapat meningkatkan tenaga yang diperlukan.

Selain sup ayam, anda juga oleh buat sup sayur, sup bebola ikan, sup ikan merah dan sebagainya. Asalkan anak suka dan seleranya bertambah.

3 – Tips atasi selsema baby – VITAMIN C

Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.

Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi iaitu:

  • Strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis

Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selesema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

4 – Tips atasi selsema baby – DAGING TANPA LEMAK

Manfaat daging tanpa lemak adalah ia mengandungi dua mineral penting bagi meningkatkan daya imun tubuh anak.

Makan daging tanpa lemak ini adalah jalan pantas bagi meningkatkan zat besi ke dalam tubuh.

5 – Tips atasi selsema baby – BAWANG PUTIH

Bawang putih juga merupakan ramuan memasak yang lazat dan mencegah penyakit.

  • Mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus. Maksudnya dapat mencegah selsema dan sembuh dengan lebih cepat.
  • Bau bawang putih yang unik dapat membantu memerangi selsema anak.

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami gatal dan bengkak di bahagian kerongkong akan menolak untuk makan atau menelan sesuatu yang menyakitkan.

Jadi, adalah lebih baik anda berikan makanan yang halus dan lancar seperti

  • Makanan pejal yang ringan seperti puding, yogurt atau buahan-buahan yang mengandungi tinggi vitamin C
  • Sup dengan hirisan bawang putih.
  • Kisarkan beberapa pilihan buah-buahan dan jadikan ia smoothie atau jus.
  • Tetap beri susu ibu atau susu formula untuk bayi bawah 6 bulan. Sementara itu, bagi ibu yang menyusu badan, anda disarankan amalkan pemakanan di atas supaya khasiatnya dapat kepada anak melalui susu badan.

Tips atasi selsema baby dengan cara lain

  • Guna ubat titisan (saline drops) yang berbentuk cecair ke saluran hidung anak. Ia boleh digunakan tiga kali sehari
  • Banyakkan minum air bagi membantu kahak/lendir ingus lebih cair dan memudahkan urusan membersihkan hidung yang tersekat. Air putih, susu dan jus dapat membantu melegakan masalah ini.
  • Tinggikan kepala bayi ketika tidur dapat membantunya bernafas dengan lebih baik di saat hidung tersumbat.
  • Hidupkan humidifier supaya meningkatkan kelembapan udara dan membantu anak untuk bernafas dengan lebih baik.
  • Bawa anak berjumpa doktor bagi merawat demamnya jika suhu semakin membimbangkan. Jika doktor bagi ubat, beri anak makan dengan waktu yang telah diarahkan.
  • Jangan paksa mereka makan ketika sakit, biarkan mereka sendiri yang memberi tahu pada anda jika berkeinginan untuk makan.

Diharap artikel ini membantu dalam merawat selesema anak anda.

Jika keadaanya semakin berlarutan, adalah lebih baik, dapatkan rawatan doktor dengan segera untuk pemantauan yang lebih rapi.

Sila dapatkan produk Youbaby bersama Freegift disini

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *